Farid Mungkin Alami Masalah Mental, Rindu Anak

Loading...


Fadzil akui Farid Kamil rindu anak-anaknya.

PETALING JAYA: Adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari tidak menolak kemungkinan abangnya mempunyai masalah mental atau mengalami tekanan perasaan.

Fadzil, 34, berkata, aktor berkenaan mengadu sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari.

“Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasan,” kata Fadzil kepda mStar Online.

Fadzil ditemui di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat.

“Berhenti Kecam, Farid Sedang Tertekan” – Sofi Jikan

Farid Kamil Direman Empat Hari

Fadzil menemani Farid di mahkamah pada Jumaat.

Farid Kamil Sah Positif Dadah

Sementara itu, seorang lagi adiknya, Anis Anwar berkata, Farid sudah lama menanggung tekanan perasaan dan keluarga tidak mengetahuinya kerana pelakon itu seorang yang terlalu berahsia.

Tambahnya, buat masa ini Farid memerlukan sokongan orang terdekat dan mereka ada merancang untuk membawa pelakon itu mendapatkan rawatan kaunseling.

“Tekanan itu sudah lama Farid tanggung. Dia seorang perahsia dan tidak mahu beritahu masalah yang dialami kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan sekarang ia berlanjutan hingga ke tahap ini.

“Farid bukan seperti yang dikatakan dan yang diviralkan. Apa yang orang kata tentang dia semuanya tidak benar. Buat masa sekarang dia memang sangat memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya,” ujarnya.

Farid sudah lama tidak bertemu anak-anak.

Dalam pada itu, ditanya tentang isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle, Fadzil berkata, aktres itu tidak dapat dihubungi sejak mengetahui perkara yang berlaku pada Farid.

“Saya rasa pihak sana (Diana) pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tak pasti mengapa dia tidak dapat hadir sedangkan Farid memerlukan sokongan,” katanya.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Terdahulu, Farid ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Tags / Kata Kunci:Farid Kamil

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/12/farid-kaunseling/#kvTiCVTbsa8eAuit.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *