Dipaksa Keluar Dari Uber, Gadis Kongsi Detik Cemas Diganggu Pemandu Teksi?

Perkhidmatan Uber dan Grabcar mendapat sambutan menggalakkan pengguna kerana menawarkan harga berpatutan dengan servis 24 jam. Malahan, ramai yang menggunakan kedua-dua servis ini kerana sudah muak dengan kerenah pemandu teksi yang cekik darah.

Bukan hanya enggan menggunakan meter, segelintir pemandu teksi juga menolak permintaan penumpang jika dirasakan jalan dilalui jammed atau terlalu jauh. Seorang gadis berkongsi kisah menakutkan dia berdepan pakcik teksi hanya kerana memilih Uber!

Tak tahu Uber tak boleh pick up penumpang situ

Wanita berkenaan memanggil Uber di KTM Batang Benar, Seremban, Negeri Sembilan tanpa mengetahui dia ‘tidak boleh’ berbuat demikian di situ.

Akibatnya, beberapa pemandu teksi menghampiri kenderaan pemandu Uber berkenaan.

Tak boleh ambil orang

Pemandu Uber berkenaan diberi notis dipercayai dicetak pemandu teksi berkenaan. Salah seorang pemandu teksi mengatakan pemandu Uber tidak boleh mengambil penumpang seperti tercatat di dalam notis.

Disuruh keluar!

Seorang pemandu teksi lain kemudian membuka pintu kereta dan menyuruh gadis berkenaan keluar. Pemandu Uber itu kemudiannya mengatakan dia tidak boleh menghantar gadis itu ke destinasi sepatutnya.

Jerit-jerit tak boleh panggil Uber di situ

Kumpulan pemandu teksi itu kemudiannya menjerit-jerit mengatakan gadis itu tidak boleh menggunaakn khidmat Uber di sana. Jika berkeras, perlu menaiki teksi atau bas. Kemudiannya dia berjalan keluar dari stesen.

Pakcik teksi ikut

Cuba menelefon rakan-rakannya untuk menjemput, gadis berkenaan diikuti oleh pemandu teksi berkenaan. Salah seorang daripada mereka menyuruh dia membaca notis tersebut.

Dirakam menggunakan telefon

Tambah menakutkan, pemandu teksi itu merakam gadis berkenaan menggunakan telefonnya. Ugutan bahawa gadis itu tidak boleh menyambung pelajaran juga dibuat.

Takut sebab seorang

Paling menakutkan, ketika menunggu rakannya menjemput dari stesen itu, salah seorang pakcik teksi berkenaan mengikuti ke mana mangsa berada. Semuanya untuk memastikan Uber tidak dipanggil. Dahsyat betul!

Sumber: Alis Khairani 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *