[VIDEO] Didik Anak Guna Teknik ‘Ikrar’, Netizen Puji Siti Sarah

Melihat kepada posting yang dimuatnaik oleh penyanyi kecil molek Siti Sarah Raissuddin di laman instagramnya, pasti kita semua tahu akan kisah kebahagiaan rumahtangganya. Siti Sarah juga sering berkongsi dengan peminat tentang aktiviti bersama anak-anaknya.

Terbaru, Siti Sarah telah memuatnaik satu video dimana dia sedang menghukum dua orang anaknya yang telah bergaduh. Cara hukuman yang digunakan oleh Siti Sarah ini menarik netizen untuk memberi pujian atas tindakannya itu.

‘Sekali sekala kena garang ya tak’

Melalui video yang telah ditonton seramai 419,441 itu, Siti Sarah yang memegang rotan telah memarahi kedua anaknya yang bergaduh dan memukul satu sama lain. Dia meminta kedua-dua anaknya untuk berikrar agar tidak mengulangi kelakuan itu lagi. Kedua-dua anaknya bersalaman dan berpelukan sambil menangis.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan tersebut tapi dengan batasan. Bukanlah bermaksud ibu bapa boleh memukul anak sesuka hati, tetapi berpada-pada. Cukup sekadar untuk menyedarkan kesilapan mereka dan mengambil pengajaran daripadanya.

‘I really like parents yang ajar anak macam ni’

Netizen juga mendoakan supaya anak-anak lebih mudah dibentuk menjadi manusia berguna dimasa depan apabila dididik dengan cara ini.

‘Habis aku yang dah masuk lima ni macam mana’

Johan juga tidak ketinggalan untuk turut menyokong hukuman tersebut kerana dia juga melakukan tindakan yang sama kepada lima orang anaknya.

Credit: SitiSarahRaissuddin

sumber: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *