Sebijik! Iklan Amyra Rosly Macam Natalie Portman Untuk Dior Perfume

Persis seperti bintang antarabangsa! Begitulah yang boleh dikatakan tatkala menonton iklan terbaharu dari Amira Roslidan Amar Baharin dalam promosi kedai bunga yang menggunakan medium secara online, Flores.

Video yang telah mencuri tumpuan malah sudah mencecah lebih ratusan ribu tontonan sejak dilancarkan di media sosial beberapa hari lalu, namun timbul pula beberapa kontroversi

Sebijik Macam Iklan Dior

Salah satu isu yang sekarang sedang hangat menjadi bualan ramai peminat ialah video tersebut dikatakan meniru hasil garapan iklan antarabangsa Dior Perfume lakonan bintang popular Natalie Portman.

Iklan Dior Perfume

Dakwaan tersebut timbul kalangan yang memberi komen menyifatkan ada beberapa adegan daripada  iklan itu sangat mirip dengan klip jenama antarabangsa tersebut.

Iklan Flores 

Seperkara menarik, kedua-dua video ini memilih panorama indah di sebuah tempat penginapan sebagai lokasi pengambaran muzik video masing-masing. Satu kebetulan, mungkin.

Lihat perbandingan Screenshot beberapa gambar di bawah. Agak sama kan?

Apa-apa pun iklan ini mendapat pujian ramai bahkan ada yang menyifatkan ia sebagai ‘artwork terbaik dan seolah-olah Amira Rosli seperti bintang antarabangsa kerana dia ternyata begitu cantik dan sangat memukau.

Apa pandangan anda tentang video ini?

sumber: hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *