‘Selamat Ulang Tahun Kelahiran Suamimu, Eh Macam Suamiku’ – Ucapan Isteri Ustaz Azhar Buat Netizen Geli Hati

Siapa tidak kenal pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang mempunyai cara tersendiri ketika memberi ceramah. Gayanya yang bersahaja dan lucu dalam bahasa pekat Terengganu menarik minat ribuan penonton termasuklah anak muda.

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran bagi Ustaz Azhar namun apa yang menarik perhatian netizen adalah ucapan isterinya di instagram. Isteri-isteri Ustaz Azhar saling berbalas komen lucu membuatkan netizen geli hati.

Selamat ulang tahun kelahiran buat suamiku

Pada awalnya salah seorang isteri Ustaz Azhar telah memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen ‘Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Suamiku’ lalu mendapat respon daripada pengikutnya termasuklah isteri Ustaz Azhar, Ummi Rogayah. Yang membuatkan netizen geli hati adalah apabila Ummi mengusik dengan mengatakan hari ini merupakan hari jadi suaminya juga.

Netizen geli hati

Wah sweetnya mereka berdua ini. Selamat ulang tahun kelahiran kami ucapkan buat Ustaz Azhar Idrus!

Sumber : Instagram Izy Amin

sumber: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *