Video Anak Zarina Zainuddin Tunggu Ibu Balik Curi Perhatian Netizen

Baru-baru ini, MH ada melaporkan bahawa pelakon, Zarina Zainuddin ditahan di wad kerana mengalami demam panas dan kini sudah pulang ke rumah.

Dia mengumumkan perkara tersebut menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik di laman instagram miliknya.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian MH adalah di dalam video tersebut kelihatan salah seorang anak Zarina iaitu Azil yang kelihatan begitu gembira melihat kepulangan ibunya itu.

https://www.instagram.com/p/BfGDzaOh-La/

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut tersentuh melihatkan Azil yang merindui ibunya setelah ditahan di dalam wad. Ramai juga yang memuji Zarina kerana pandai mendidik anak.

Sebelum ini,Zarina sering berkongsi video mengenai perkembangan anak kembarnya yang mempunyai autisme di media sosial. Berikutan itu, orang ramai kini semakin peka dengan sakit tersebut.

Pada MH, ibu itu sememangnya salah satu tiang utama dalam keluarga, tanpa ibu memang tak lengkap hidup.

Mungkin itulah yang dirasai oleh anak-anak Zarina apabila ‘kehilangan’ ibu mereka buat seketika. Apa-apapun, MH doakan semoga Zarina cepat sembuh.

sumber: IG Zarina & MediaHiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *