“Ingatkan Dia Cium Perempuan Mana,Rupanya Mak Dia,Nampak Muda Dan Sweet Betul Ibu Zizan Nie”-Netizen Terharu Lihat Cara Zizan Sanjung Ibu

Sebut sahaja nama Zizan Razak, jejaka yang berasal dari Terengganu ini tidak perlu di persoalkan lagi.Popularitinya memang setanding ramai artis hebat yang lain seperti DS Siti,Datuk Aaron Aziz dan ramai lagi. Zizan sudah membuktikan dia mampu melakukan banyak hal dalam dunia hiburan sebagai seorang pelawak,penyanyi,pelakon dan juga host. Selain aktif dalam dunia hiburan,Zizan juga di katakan mempunyai bisnesnya sendiri.

Bermula sebagai budak lelaki biasa dan pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel,usaha Zizan untuk meninggalkan pekerjaannya itu dan mencuba nasib untuk menjadi pelawak nampaknya membuahkan hasil. Selain kerja keras, ada satu perkara yang selalu di lakukan Zizan yang menurut orang ramai ianya menjadi asbab dia berjaya seperti sekarang.

Zizan di katakan sering mendahulukan ibunya dalam semua hal. Apa yang dia lakukan hari ini bukan sahaja untuk kesenangan diri malah untuk membahagiakan hati ibu. Zizan mempunyai 2 orang adik-beradik. Dia mempunyai seorang abang dan mereka berdualah menjadi anak yang akan sentiasa menjaga ibu dan keluarga mereka.

Ke mana sahaja Zizan pergi, Zizan akan membawa ibunya termasuklah ke majlis formal dan mana-mana anugerah. Dalam majlis hari lahirnya juga Zizan di lihat beberapa kali mencium dan memeluk ibunya dengan rasa bahagia. Netizen memuji dan kagum melihat ibu Zizan yang di katakan lebih muda dari usianya sebenar selain daripada pandai bergaya.

Ibu Zizan juga di katakan ibu yang mesra dengan rakan sekerja Zizan yang lain serta sangat penyayang. Ramai memuji sikap Zizan yang selalu berusaha untuk bekerja keras bagi mendapatkan apa sahaja buat sang ibu. Rasanya ramai anak dalam dunia ini mahu jadi seperti Zizan di mana kita mahu penuhi apa yang di inginkan oleh orang tua kita dunia dan akhirat.  Ini juga akan menjadi asbab semakin murahnya rezeki seorang anak.Betul tak?

Sumber:kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *