“Kami Bukan Adik-beradik Tiri Sebab Kami Seibu Lain Bapa” — Ini Penjelasan RAYSHA Tentang Statusnya Adik Tiri atau Kandung?

Loading...

Mungkin ramai tidak kenal adik Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose yang kian meningkat popular melalui Dewi Remaja 2015 . Raysha yang memiliki tubuh tinggi lampai, berwajah molek dan berbakat, maka laluannya di lorong seni semakin bersinar.

Tidak sekali-kali dia menumpang populariti kakak-kakaknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Cuma itu dianggap bonus buat dirinya kerana memiliki susur-galur keluarga yang sudah menceburkan diri dalam industri seni.

Rasya Rizrose adalah Adik Nelydia Senrose & Uqasha Senrose. Dia merupakan adik berkongsi ibu yang sama tapi berlainan bapa,Untuk pengetahuan korang, bapa Raysha berketurunan Cina dari Indonesia manakala ibunya Thailand. Wah patutlah comel.

Kami adik beradik seibu, tetapi berlainan bapa. Maka kami dikira adik-beradik ya, bukan adik-beradik tiri. Memang saya akui ramai yang silap dan keliru perihal ini. Uqasha dan Nelydia adalah anak hasil perkahwinan pertama mama dengan suami terdahulu.

Selepas berpisah, mama menikah dengan ayah dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang anak termasuklah saya. Walau berlainan bapa, namun kami lebih selesa jika umum tahu yang kami adik- beradik, tiada istilah lain bapa dalam hidup kami tujuh adik- beradik (empat perempuan dan tiga lelaki).

Hubungan kami sangat rapat memandangkan kami membesar bersama yakni di bawah jagaan mama. Sejak dilahirkan memang saya sudah tingggal di bawah satu bumbung dengan kakak. Celik-celik mata dah nampak kakak- kakak saya, hahaha… Jadi tiada isu kenapa hubungan kami tidak mesra.

Biodata Raysha Rizrose | Juara Dewi Remaja 2014/2015

Nama Penuh : Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz

Nama Panggilan : Raysha Rizrose

Nama Manja : Dada (ahli keluarga)

Tarikh Lahir : 22 Jun 1996

Inilah serba sedikit bio tentang beradik senrose yang cantik jelita .

Drama lakonan Syafiq Kyle dan pelakon baru Hannah Delisha sedang hangat ditayangkan sejak 3 Julai lalu. Drama Mencintaimu Mr Photographer itu bagaimanapun mengundang kemarahan orang ramai kerana salah satu adegan dalam drama itu yang menyaksikan pelakon berkenaan berpelukan mendapat kecaman.

Aksi tersebut dilihat telah membelakangkan nilai-nilai murni seseorang Islam. Drama yang diadaptasi oleh novel itu juga didakwa tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Dalam satu status Instagram David Teo yang juga merupakan produser drama berkenaan telah berkongsi sedutan aksi tersebut yang nyata menimbulkan rasa tidak puas hati netizen. Berikut antara komen netizen yang ditulis dalam akaun IG David Teo.
Babak yang mencetuskan kontroversi itu apabila Syafiq Kyle dilihat memeluk sambil menyandarkan kepalanya pada bahagian atas dada Hannah Delisha.

Netizen meluahkan rasa kesal di ruangan komen IG David Teo dan merasakan adegan tersebut tidak perlu kerana mengabaikan sensitiviti kaum Melayu yang beragama Islam.

Dalam respon terbaru kepada Mstar Online, Syafiq memberitahu:

“Saya ada teori saya sendiri dan ada juga drama yang saya tak pegang langsung. Kita ikut skrip dan penonton boleh bersuara jangan bersentuh, itu… ini, tetapi mereka tak ada kuasa untuk menilai saya siapa, Hannah siapa atau director siapa kerana kita masing-masing tahu apa yang kita kerjakan,” katanya yang sudah mengjangkakan aksi itu akan menjadi isu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *